Panglima Awang
Sejarah sebenarnya di tulis orang yang menang dan terpaksa men’delete’ kebenaran untuk memamparkan segala apa yang di fikirkan betul walaupun salah.Pejuang Melayu buktikan bumi bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur“MASYARAKAT kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang.”“Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Beliau adalah bangsa pertama membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat,” kata penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar mengenai peristiwa besar bangsa Melayu itu yang kini mulai hilang dari lembaran sejarah negara ini.
Sejarah sebenarnya di tulis orang yang menang dan terpaksa men’delete’ kebenaran untuk memamparkan segala apa yang di fikirkan betul walaupun salah.Pejuang Melayu buktikan bumi bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur“MASYARAKAT kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang.”“Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Beliau adalah bangsa pertama membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat,” kata penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar mengenai peristiwa besar bangsa Melayu itu yang kini mulai hilang dari lembaran sejarah negara ini.
Walaupun Panglima Awang pernah
menobatkan martabat bangsa di persada dunia, anak-anak kecil hari ini sudah
tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki itu.
Jasa Panglima Awang bukan kecil.
Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa bumi leper adalah salah. Beliau
sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan menghubungkan Timur dengan Barat.
Kapal VICTORIA dan wajah Ferdinand(atas)
“Sejarah besar itu bermula ketika
Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511,” sambung Dr Tuah seterusnya
memulakan kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique
dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia, sebuah sejarah yang jarang
diketahui ramai termasuk bangsa Melayu sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang
Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, anak muda digelar
Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam
kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan-rakan lain ramai yang
terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat
mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan
kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Dalam kesayuan mengenangkan
hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda Melaka dirantai tangan dan
kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima
Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan dan keperkasaannya
menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima
Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat
dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke
benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa
dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya
pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa
lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan
dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan
perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan
dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima
Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat
pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand
menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan
wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi
kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon, Ferdinand
memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat
menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu
itu ‘dijual’ kepadanya.
Keizinan diperoleh dan bermulalah
hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka
bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di
belakang rumah lelaki Portugis itu.
Peribadi mulia dan kegigihan
ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di
hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam.
Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah
Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.
Sejarah mengelilingi dunia bermula
apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara
fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman
luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia
turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten
kapal itu.
Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan
Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I,
lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali
dan dikagumi orang Sepanyol.
Di Sepanyol, kemahiran dan
pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan
lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk
membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu
dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Cadangan pelayaran Sepanyol itu
akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika
itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka
tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis.
Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran
di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak
diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan
sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti
pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah
Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.
Pada 1519, kapal besar itu berangkat
meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat
sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati.
Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik
yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran
menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika
Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang
dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia
baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik
kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper
menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh
ke bawah dunia.
Walaupun menerima tentangan,
Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang
memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa
kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi
terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan
akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang
menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita
itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka
berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang
merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui
dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu
menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah
darahnya iaitu Melaka semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan
Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus
ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu
kesilapan dilakukan.
Kegembiraan kelasi menyebabkan
mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu
menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu
adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan
ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal
sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan
Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia
tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi
pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa
mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah
Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka
lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah
kelahiran Panglima Awang.
Tambahan pula mereka sudah
‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis
menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai
penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.
Pelayaran diteruskan dan berakhir
apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka
menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga
pulang dari arah Timur.
Bagaimanapun raja itu kecewa kerana
bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah
jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Memandangkan Panglima Awang
berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun
Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi
mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut
menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi
seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa
Melayu.
“Mengikut catatan novel sejarah
Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas
bertahun berada di tanah asing,” kata Dr Tuah menamatkan kisah perjalanan wira
Melayu yang tidak didendang itu.
FAKTA Panglima Awang
Asal usul Panglima Awang sebelum
ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam Melayu masih
tidak diketahui.
‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran
diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain
‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’,
‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut
sebutan sesuatu bangsa.
Walaupun nama Panglima Awang tidak
tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah
pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang
lelaki dari Melaka’ selain catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali gus
membuktikan kewujudan tokoh itu.
Bagaimanapun ada juga ahli Barat
yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujudan
Panglima Awang. –kredit to panglima buni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan