Datuk Awang Adek Hussin berkata penyediaan projek besar, termasuk pembinaan bangunan pencakar langit cukup penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan menyediakan infrastruktur kelas pertama.
Sehubungan itu, timbalan menteri kewangan itu menyeru orang ramai supaya tidak tertipu dengan pembangkang yang didakwanya tidak mahu menlihat ekonomi negara itu meningkat maju.
"Kalau boleh mereka tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, supaya mereka boleh menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan," katanya yang juga ahli majlis tertinggi Umno.
"Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada orang pun yang mempersoalkan projek-projek besar. Bangunan pencakar langit bukan satu atau dua, bahkan semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi.
Minggu lalu, ketika membentangkan Bajet 2010, Perdana menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan projek bangunan 100 tingkat yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan antara yang tertinggi di dunia.
Projek itu bagaimanapun ditentang hebat pelbagai pihak, terutama pembangkang. Malah kempen di Internet melalui kumpulan di laman Facebook juga mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia yang menolak projek mega itu.
Bercakap dalam mesyuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini, DrAwang Adek menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit yang "tak sabar-sabar nak masuk Putrajaya" sedangkan projek itu pernah dikiritiknya sebelum ini.
"(Pembangkang) cakap tak serupa bikin. Kita tak boleh, dia tak apa," katanya.
Menurut Dr Awang Adek lagi, pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur merupakan strategi bijak mempelbagaikan pelaburan supaya negara tidak terlalu bergantung pada pelaburan asing.
KUALA LUMPUR, Oct 22 — The controversial 100-storey Warisan Merdeka skyscraper should be built in the historic Kampung Baru as a symbol of Malay achievement in the capital city, an Umno delegate told the party general assembly today.
Titiwangsa Umno chief Datuk Johari Ghani said the RM5 billion tower development by Permodalan Nasional Berhad (PNB) would also enhance value in the Malay enclave now dominated by houses and several buildings.
“Datuk Seri, may be you don’t like to hear this but you don’t have to make decision today,” Johari told Datuk Seri Najib Razak while addressing the Umno president’s policy speech.
“What’s wrong with building the Warisan Merdeka Tower in the heart of Malay area in Kampung Baru,” he told the Umno assembly.
The prime minister had announced that PNB would build Malaysia’s tallest building near the historic Stadium Merdeka by 2015.
Najib had said the rationale for the Warisan Merdeka tower was similar to that of the iconic Petronas Twin Towers, in that it would serve as a symbol of a modern and developed Malaysia.
The 88-storey Petronas Twin Towers was completed in 1998 in former Selangor Turf Club land which has been redeveloped as the Kuala Lumpur City Centre (KLCC). There were supposed to be 22 towers ringing the KLCC park but the 1997/1998 Asian Financial Crisis dented the plan.
There are now seven towers with an eighth being built there while several parcels of land was turned into the Kuala Lumpur Convention Centre.
Najib, who is also Finance Minister, had stressed that the project would also have a “multiplier effect” on the economy and help drive it forward, in addition to providing an attractive commercial centre for Bumiputera and non-Bumiputera businesses alike.
The 19-acre development area of the mega project — which includes a condominium and a shopping mall — is sited on the car park and land adjacent to Stadium Negara and Stadium Merdeka.
The plan has seen fierce opposition from the Pakatan Rakyat (PR) coalition which has described the project as wasteful. A Facebook group has targeted getting 100,000 fans to oppose the planned project.
Johari expressed optimism that the project will benefit the Malays apart from increasing land value.
“It will be sign of the Malays’ achievement in Kampung Baru,” he said.
Kampung Baru, the only major Malay enclave in the city centre, was founded 110 years ago and administered by the Malay Agricultural Settlement (MAS).
The settlement spans 153.35 hectares and efforts to develop the prime property, currently worth between RM500 and RM600 per sq foot for commercial lots, have hit roadblocks for the past three decades due to difficulties in getting consent from landowners and beneficiaries.
The Najib administration has put several proposals to develop Kampung Baru, including announcing the Bumiputera Property Trust Foundation to enable prime commercial property ownership in in the Klang Valley through a group ownership scheme,
In his Budget 2011 speech last week , Najib said the foundation will launch a RM1 billion syariah-compliant Bumiputera Property Trust Scheme this year.
This will ensure a meaningful and sustainable participation of Bumiputeras in prime commercial properties in major towns, he added.
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pendidikan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pendidikan akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.
Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pendidikan Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).
Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.
Beliau berkata apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.
Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.
“Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut,” tambah beliau lagi.
Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.
Lok berkata sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.
“Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pendidikan untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli,” katanya.
Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya. – Bernama
Azmin kutuk Mahathir, Mahathir juga sering kali mengutuk Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan Tuan Guru Abdul Hadi (TGAH) semasa beliau berkuasa. Tapi TGNA dan TGAH tidak pernah melatah dan ahli PAS juga tidak pernah memberi komen dalam akhbar. Yang saya dengar TGNA dan TGAH cuma kutuk Umno. Dan perkara yang disentuh dan dikomen ialah penyelewengan dalam Umno dalam semua hal termasuk kesucian agama Islam.
Tidak pernah kedua Tuan Guru ini mengutuk individu. Ada satu insiden di mana TGNA panggil Umno "barua". Tidak lama kemudian mantan PM kita ini telah mengunjungi Kelantan dan dalam ceramah, beliau terus menghentam TGNA dan mengutuk serta mengaibkan TGNA. Itulah Dr Mahathir yang sebenar.
Apalah sangat nak disanjung mantan Perdana Menteri itu. Projek-projek mega yang telah dijalankan dan sudah terlaksana bukannya dari duit poket dia. Semua duit projek dalam Malaysia ini ialah duit rakyat.
Nak kata beliau perjuangkan bangsa Melayu semasa beliau berkuasa, tidak juga. Saya tengok kaum Melayu tidak ada apa-apa bezapun kalau nak ‘dibenchmarkkan’ dengan kaum lain. Malah kaum Melayulah yang menjuarai serta menduduki "TOP ON THE LIST" dalam istilah penagihan dadah, peragut, mat rempit, pembuangan bayi, perogol dan rasuah. Inilah wacana yang ditiup dan dicanang atas nama PEMBANGUNAN oleh Umno.
Saya yakin jika ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa pada Pilihan Raya Umum 13 yang akan datang ini, parti PAS dapat membentuk kerajaan dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Masalah serta gejala penagihan dadah, mat rempit, pembuangan bayi, peragut, perogol dan rasuah akan pasti dapat dikurangkan, insya Allah.
SYOR KAJI SEMULA KUOTA AGIHAN KERUSI BN TANDING – berita hairan
Kuota pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang antara parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu dikaji semula secara menyeluruh dengan mengambil kira keadaan politik semasa sebagai jaminan mendapatkan sokongan rakyat.
Hishammuddin Hussein, berkata perubahan itu perlu kerana landskap politik negara sentiasa berubah dan BN perlu bertindak berani mengikut keperluan semasa bagi menjamin kemenangan parti gabungan itu.
Katanya, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 tidak menggambarkan situasi sebenar kemahuan pengundi yang diterjemahkan melalui keputusan pilihan raya.
“Kita perlu menang dan pastikan sistem kuota itu bukan satu kekangan untuk dapatkan sokongan. Pengalaman dalam pilihan raya lalu adalah satu peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.
"Kita tidak semestinya mengikut formula lama yang diamalkan sejak dulu. Mungkin corak lama sudah tidak lagi sesuai. Pindaan Perlembagaan UMNO sendiri adalah hasil daripada pengalaman pilihan raya lalu," katanya.
JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG
kah kah kah…. HARI HARI AKHIR BARISAN GEROMBOLAN… kah kah kah..
kah kah kah… SELAMAT TINGGAL GERAKAN…. kah kah kah..
kah kah kah…. BAI BAI BAI….. SAMI VELOOO…. kah kah kah… kah kah kah…. TUNGGU DAN NANTI… AKAN ADA PARTI LARI… kah kah kah..
kah kah kah... TUNGGU DAN LIHAT PAKATAN AKAN ADA PARTI BARU... kah kah kah
PEMUDA UMNO JB MAHU PENGERUSI HINDRAF DIHALANG MASUK NEGARA – mstar
JOHOR BAHRU: Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu mahu Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy dihalang daripada memasuki negara ini berikutan tindakannya mempertikaikan titah yang dibuat oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Ketuanya Khalid Mohamad berkata kenyataan Waytha Moorthy menerusi laman web Free Malaysia Today itu tidak boleh dimaafkan kerana beliau seolah-olah mempersoalkan kuasa yang dimiliki oleh raja-raja Melayu.
"Kita akan meminta kerajaan supaya menghalang kemasukan pengerusi Hindraf itu ke negara ini serta pada masa yang sama menutup laman web Free Malaysia Today kerana ia merupakan ancaman kepada keselamatan negara ini," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai demonstrasi aman seramai 200 orang bagi membantah kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Hindraf itu di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di sini, Sabtu.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit… PENGERUSI HINDRAF INI NAK JADI ORANG LONDON… kah kah kah
kah kah kah… NAK BUAT APA DIA PULANG KE MALAYSIA…. kah kah kah…
kah kah kah…… NAK TUTUP MALAYSIA TODAY PULLLAKAAA?.... kah kah kah..
Apa yang kita lihat sekarang, trend untuk menjalankan perniagaan ternakan kambing makin menjadi-jadi. Kekadang, kita bertanya pada diri sendiri, apakah mereka telah membuat kajian yang secukupnya. Tahukah mereka risiko risiko yang bakal dihadapi. Tetapi saya tetap salute kepada mereka ini kerana keberanian untuk beralih ke bidang pertanian. Ini kerana setelah menceburkan diri, ada sikit kesal kenapa saya tak buat awal-awal lagi.
Disini ingin saya ceritakan serba sedikit senario kambing di Malaysia kini. Bekalan daging kambing untuk keperluan negara adalah amat terhad. Sehingga kini, malaysia hanya mampu membekal permintaan terhadap daging kambing tidak sampai 10%. Selebihnya diimport dari Australia dan negara-negara jiran yang lain seperti Indonesia , Vietnam dan sebagainya.
Dijangka, Malaysia perlu mengambil masa tidak kurang 10 tahun untuk memenuhi bekalan permintaan daging kambing. Untuk mencapai matlamat tersebut, satu program pembiakan perlu dilakukan secara aggresif dan intensif. Disebabkan ini, PM kita menekankan kepada program-program yang sedemikian. Banyak arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada GLC agar beralih kepada industri ternak dan tani. Sehingga hari ini, kita dapat lihat syarikat-syarikat koporat talah memulakan rancangan meraka untuk menerokai industri ini. Oleh itu, kami telah mengambil peluang ini untuk merealisasikannya.
Harga setiap kilo bagi kambing import adalah RM12 sekilo manakala bagi kambing sembelih harganya mencecah RM 30 sekilo. Cuba anda bayangkan seekor kambing Boer yang matang, beratnya 100 kg dimana 70% adalah berat daging, bermakna kita akan mendapat 70KG x RM30= RM 2,100. Ini tidak termasuk harga untuk bahagian bahagian lain seperti kulit, susu, anak malah najis nya juga boleh di jadikan Baja kompos.
Saya difahamkan RISDA dan FELDA ada menyediakan pinjaman ternakan dan peserta hanya perlu menyediakan kawasan dan kandang sahaja. Amaun pinjaman hanya perlu dibayar selepas hasil ternakan telah dijual. Program program sebegini tentunya sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi masyarkat desa.
“AgroNet Network" merupakan suatu impian kami pada tahun 2007. Buat masa ini kami masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Rancangan ini bermula pada suatu hari dimana saya berjumpa dengan kawan X-ITM saya iaitu Bukhori. Pada mulanya kami berjumpa kerana saya ingin membeli Dinar-Iraq darinya. Bukhori membuat cadangan untuk menternak kambing. Pada mulanya saya kurang yakin dengan cadangan beliau kerana saya tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran. Bukhori kemudian menyakinkan saya bahawa beliau mempunyai kenalan yang bekerja dengan sebuah syarikat "trading" yang besar dan beliau pada dasarnya bersetuju untuk membeli hasil jualan kami.
Bermula dari sini kami telah mula mengumpulkan maklumat maklumat mengenai penternakan kambing. Saya akan menumpukan perhatian kepada operation, maintanace & finance manakala Bukhori pula akan menumpukan perhatian kepada admin, marketing & finance. Insyaalah, segala maklumat yang kami perolehi akan dikongsikan didalam blog ini bagi manfaat kepada semua pihak.
2. Kenali Boer Berdasarkan pengamatan saya, ramai yang tidak betul betul mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibeli. Sekiranya tidak berhati-hati, kita mungkin akan terpedaya dengan penjual. Sebagai contoh, kambing boer purebreed adalah hampir sama rupanya dengan kambing boer fullblood. Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut fullblood sedangkan ianya purebreed. Begitu jugalah dengan kambing cross.
2.1 Boer Fullblood (FB) - adalah kambing boer keturunan asal dari Africa yang tidak dicampur dengan manamana baka kambing lain. Kambing ini mempunyai ciri Boer yang sebenar, iaitu cepat membesar dan membiak. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM2,000 seekor.
2.2 Boer F1 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan kambing jenis lain. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM700 seekor.
2.3 Boer F2 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F1.
2.4 Boer F3 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F2.
2.5 Boer F4 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F3.
2.6 Purebreed - adalah gelaran bagi F4 (bagi betina) dan F4 keatas bagi jantan.
2.7 Feral goat - adalah kambing asal Australia. Masa memula orang putih tiba di Australia beratus tahun dahulu, mereka lepaskan kambing. Mereka takut tersesat, sekurang-kurangnya boleh tangkap kambing. Selepas beberapa lama kambing tu jadi peliharaan lading ladang disini. Ada juga pemilik lading ladang yang amat luas menangkap sahaja kambing ini yg membiak liar. Jadi harga kambing ni memang murah.
Oleh itu ramai orang tak sedar. Mereka ingat semua kambing yang diimport dari Australia tu boer goat. Semoga korang tak tertipu…
3. Kandang Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Saya pernah lihat satu projek yang membuat kandang kambing tetapi saya rasa penternak tersebut terlalu menggunakan banyak kayu. Seorang penternak ditempat saya menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.
Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;
Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.
Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.
4. Pengurusan Kambing mudah dipelihara kerana mudah menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kambing diternak untuk daging, susu dan kulitnya. Aktiviti penternakan kambing bukan sahaja untuk pendapatan sampingan bagi pengusaha kecil tetapi juga menampung keperluan daging tempatan, seterusnya mengurangkan import daging.
4.1 Penjagaan 4.1.1 Anak Kambing (0 hingga 4 bulan) Selepas dilahirkan, anak kambing terus menyusu ibunya. Anak kambing bergantung kepada susu ibunya sehingga berumur 6-8 minggu. Selepas itu ia mula memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain serta makanan sedia (concentrate).
Apabila menjangkau umur 3-4 bulan, anak kambing ini akan beransur-ansur bercerai susu. Dalam masa 6-8 minggu pertama anak kambing masih di biarkan di dalam kandang tetapi ibunya dibiarkan lepas untuk meragut. Selepas tempoh itu, barulah kambing digalakkan meragut bersama-sama ibunya. Dalam keadaan di mana susu ibu tidak memadai atau ibu kambing sakit, anak kambing ini perlu diberi susu botol.
4.1.2 Kambing Muda (4 bulan ke atas) Apabila mencapai umur 4 bulan, anak kambing perlu dipisah dari ibunya. Ini untuk menggalakkan ibu tersebut cepat kembali berahi seterusnya beranak semula. Anak kambing yang telah dipisahkan dari ibunya hendaklah diberi penjagaan yang rapi.
Keadaan yang basah dan lembab boleh menyebabkan radang paru-paru pada kambing. Oleh itu, penting anak-anak kambing tersebut dikandang di tempat yang sesuai pada waktu malam atau semasa hujan. Seboleh-bolehnya, kambing betina diasingkan dari yang jantan.
Bagi kambing yang sudah sarat bunting, hendaklah diberikan perhatian serta makanan tambahan yang banyak. Beberapa hari sebelum beranak, kambing tersebut diletak dalam kandang berasingan dan dibiarkan di situ sehingga anaknya boleh dipisahkan darinya.
Kambing sangat mudah diserang penyakit. oleh itu program suntikan pembasmian kutu dan cacing perlu dilaksanakan. Ubat cacing diberikan sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Suntikan vaksin Heptavac dan Heamorrhagic septicemia diberikan sekali setahun.
Kebersihan fizikal kambing perlu diambil perhatian seperti kuku yang panjang perlu dipotong dan bulu yang kotor perlu dibersihkan.
4.2 Pembiakan Kambing tempatan mula berahi apabila berumur 6 bulan. Musim berahi berlaku setiap 3 minggu dan berakhir kira-kira 36 jam. Tempoh bunting adalah 5 bulan. Biasanya anak kembar 2 akan dilahirkan.
4.2.1 Tanda tanda berahi Mula mendaki belakang rakannya
Berminat bergaul dengan kumpulan jantan
Mengoyangkan ekornya
Kemaluan kembang berwarna kemerahan dan berlendir
Kurang selera makan tetapi suka menganggu rakan
4.2.2 Tanda tanda bunting Tidak kembali berahi lagi
Perutnya membesar terutama selepas 3 bulan
Tetek membesar
Anak dapat dirasa bila perut dipegang
4.3 Pemakanan Ternakan yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang dan mencukupi setiap masa. Di antara makanan yang penting ialah:
4.3.1 Garam galian · perlu untuk kesihatan yang baik terutama kambing yang bunting dan sedang membesar
· jenis garam yang biasa diberi ialah garam biasa, garam jilat, tepung tulang atau garam komersial seperto 'phoshrich'
· garam diletak dalam bekas atau digantung pada dinding
4.3.2 Makanan konsentrat · konsentrat atau makanan penguat adalah makanan tambahan yang dibuat dari dedak jagung, bungkil kelapa dan hampas tauhu
· contoh konsentrat ialah 2 bahagian dedak jagung: 1 bahagian dedak halus: 1 bahagian hampas kelapa.
· konsentrat komersial berbentuk pellet
· konsentrat penting sebagai makanan tambahan untuk kambing yang bunting, menyusu serta anak-anak kambing yang sedang membesar
4.3.3 Rumput dan kekacang · merupakan sumber air dan serat yang baik
· ia dapat merangsang kecekapan sistem penghadaman
· seekor kambing dewasa memerlukan 4-5 kg rumput basah sehari
· rumput yang disyorkan seperti guinea, rumput setaria dan kekacang
· tumbuhan tempatan seperti daun mengkudu, daun turi, daun pisang muda juga digemari oleh kambing
4.3.4 Air · air bersih perlu disediakan sepanjang waktu
· cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutama kambing baka susu
4.4 Kesihatan dan Penyakit Kambing yang sihat kelihatan: Cergas, berselera maka, suka berkumpulan, bulu berkilat, kulit licin, tahi keras dan badan berisi, manakala kambing berpenyakit nampak monyok, tak lalu makan, mengasingkan diri, sering mengembek, bulu kering dan meremang, tahi ceret serta badan kurus. Antara penyakit yang biasa menyerang kambing ialah:
4.4.1 Penyakit Puru (Contagious ecthyma) · disebabkan oleh virus
· terdapat gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibirgelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak
· rawatan:suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama asingkan kambing yang sudah dijangkiti beri rawatan pada gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti iodin
4.4.2 Kembung (Tyumpang) · kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang
· di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil
4.4.3 Radang paru-paru (Pneumonia) · batuk basah adalah tanda awal
· kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus
· keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak
· rawatan:
· asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram
· kandang bersih, kering dan cukup pengudaraan
· elakkan dari terkena hujan dan keadaan lembab
· beri suntikan antibiotik serta vitamin
4.4.4 Cirit-birit (Diarrhoea) · mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti cacing, kuman atau tersalah makan
· tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok dan suka mengasingkan diri
· rawatan:
· beri rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing
· jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
· periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
· amalkan ragutan bergilir
4.4.5 Penyakit-penyakit lain · di antara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku
· keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus
· amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan
5 Petua Huh… disepanjang pengalaman kami semasa mengadakan lawatan-lawatan di ladang ladang ternakan yang telah dijalankan, kami telah berjaya mengorek beberapa petua petua dalam penjagaan kambing ini daripada penternak tersebut. Berikut adalah beberapa petua yang kami perolehi;
5.1 Petua - menjinakkan kambing · Lapkan baju kita yang berpeluh ke muka kambing tersebut.
5.2 Petua - memastikan kambing mengenali tuanya · Kita kencing sedikit kedalam air yang diminum oleh kambing tersebut. Buat beberapa kali sehingga kambing tersebut dapat mengenali tuanya.
5.3 Petua – bulu licin dan menarik serta gemuk · Bagi kambing makan daun kelapa sawit.
5.4 Petua – rawatan untuk luka · Masukkan cicak kedalam daun pisang atau daun nangka dan berikan kambing tersebut makan.
5.5 Petua – rawatan sakit perut & berak cair · Bagi kambing makan daun daun yang kelat ie daun jambu.
5.6 Petua – rawatan lemah tulang & takleh bangun · Bagi kambing makan siput sungai. Ada orang panggil siput paip, siput bendang dan sebagainya. Tapi pastikan cengkerang siput tu di buang terlebih dahulu.
6. Pemasaran Saya rasa aspek yang paling penting dalam sesuatu projek adalah pemasaran. Ini jugalah masaalah utama yang dihadapi oleh penternak dari kampong yang diusahakan oleh orang orang tua. Mereka gagal untuk menjual terus kepada pembeli atau kepada penternak baru. Mereka selalunya akan menjual kepada pihak ketiga yang menginginkan keuntungan atas angin . Kerajaan Malaysia dan beberapa agensi seperti FELDA dan RISDA hanya menumpukan kepada bantuan dari aspek pengurusan, pemasaran kena cari sendiri.
Sepanjang tinjauan kami, didapati hampir 90% penternak adalah orang Melayu. Kita perlukan suatu rangkaian perniagaan sesame penternak, jesteru itu diharap melalui blog ini, kita dapat berkumpul dan bekerja didalam satu kumpulan.
Jesteru itu, kami telah mengadakan satu "yahoo group" bagi memudahkan kita sama-sama berkongsi maklumat dan saling menerima dan menghantar email. Sila Daftarkan email anda kedalam "yahoo group" yang disediakan ini. Pendaftaran boleh di buat di
7. Risiko Setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri. Semakin besar keuntungan, semakin besar pula risikonya ie “high risk, high return”. Berikut adalah beberapa risiko risiko yang mungkin kita hadapi;
7.1 Risiko kambing dicuri · Biasanya dengan pengawasan yang tidak sempurna kerap kali akan berlaku kes kes kecurian terutamanya pada waktu malam. Malah, kekadang disiang hari pun boleh berlaku kecurian.
· Ada satu cerita, dimana seorang pesara askar membuat ternakan kambing sebanyak 30 ekor di Jengka 11 dengan modal RM30,000 (duit dari EPF); kambingnya di curi pada bulan kedua beliau memulakan projek. Kejadian berlaku di siang hari apabila beliau pergi menunaikan solat Jumaat dan kandangnya dibiarkan kosong. Akhirnya, pesara askar tersebut menutup projek kambingnya.
· “Moral of the story” – Kena cari pekerja indon atau India sorang dua.
7.2 Risiko kambing mati · Punca punca kematian adalah akibat kemalangan dan penyakit. Kat Malaysia nih takder lagi “insuran untuk kambing”. Kalau ada primieumnya mungkin agak tinggi, dan sayalah orang pertama yang membeli polisi tersebut…
· Kemalangan mugkin disebabkan oleh stuktur kandang yang merbahaya, sistem pemagaran yang tidak sempurna dan lebih mengerikan dibaham harimau atau dipatuk ular sawa.
· Penyakit…tak payah la nak diceritakan lagi… setiap hari ada sahaja penyakit penyakit baru yang datang. Doctor haiwan sendiri pun tak habis habis membuat kajian.
7.3 Risiko kambing mandul · “Tak dapek den nak menolong” ini semua kerja tuhan, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.
7.4 Risiko pengurusan · Sebaiknya pastikan kita mendapat kursus dan pendedahan terhadap aspek aspek pengurusan kambing daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan sebelum memulakan projek.
7.5 Risiko kena tipu · Ramai yang tidak betul betul mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibeli. Sekiranya tidak berhati-hati, kita mungkin akan terpedaya dengan penjual, contohnya boer purebreed adalah hampir sama rupanya dengan boer fullblood. Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut fullblood sedangkan ianya purebreed. Begitu jugalah dengan kambing cross, F1, F2 dan sebagainya.
8. Terima Kasih Terima kasih kerana tuan sudi meluangkan sedikit masa untuk melayari blog ini. Kami amat mengalu-alukan cadangan tentang topic-topic lain yang perlu di muatkan kedalam blog ini. Sila kemukakan cadangan tuan kepada kami melalui email atau komen di halaman blog ini.