Cari Blog Ini

Jumaat, 16 April 2010

Guru dan Balaci.....

salam perpaduan.......
Baru balik dari lepak kat sekolah member, member tu ngadu ada parent budak yang buat repot polis tentang kes rotan.Memtu tu cakap lagi dia hanya guna rotan besar sikit jer dari batang lidi, member tu rotan atas bahu budak tu. Parent tu jumpa doktor, pastu tu doktor yang bagus ni pun menyarankan bahawa buat report polis sebab saluran darah budak dah kembang.Fussss, bahayanya silap2 nanti akan mengakibatkan saluran arteri tu pecah lalu terjadilah gangren...eeee takut laaa,
Persoalan yang timbul mengapa doktor yang menyarankan pulak kan? kan banggang doktor tu, senang kira laaaa rotan yang pesalah kat penjara pun ok jer, xder laaa doktor tu suruh pesalah kat situ buat report polis kan? ( ITU KAN PENJENAYAH)....
Tapi yang paling penting dalam situasi macam ni ialah tindakan yang boleh diambil oleh pihak pentadbiran(GB AND PK), mana diorg? saat guru diperlukan, suruh laa apa sahaj, cikgu ni rela jadi balaci, suruh buat padang, berjemur tgh panas, suruh jaga ank org masa camping, apa lg? cikgu akan buat, time sekolah menang Gb ni yg dapat anugerah, cikgu ni sengih macam kerang busuk jer...hahahaha padan muka cikgu....cikgu ni ibarat BALACI JER...

Khamis, 15 April 2010

Cerita Sebenar Darurat

Darurat di Tanah Melayu berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 disebabkan persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu.
Darurat diisytiharkan pada 7-7-1948.
Punca darurat
Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.
Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.
Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut.
Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.
Langkah mengatasi darurat
Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:
1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.
Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.
Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.
Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.
Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.
Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.
Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk:
1. Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.
2. "Kampung Baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.
Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi malumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila.
Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.
Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya iaitu Min Yuen.
Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.
Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-
1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.
2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.
3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage).
5. Memperkenalkan ISA.
6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
7. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.
8. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.
Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.

Langkah bukan bentuk ketenteraan
Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk:
1. Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip) Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan.
2. Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pemberitahuan sarang setiap ahli PKM dengan gangaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta $25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.
3. Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO.
4. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini telah dibuktikan gagal kerana Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada

13 mei

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.

- Tunku Abdul Rahman, 1969 -

Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.

Penerbitan buku ini adalah tepat pada waktunya memandangkan pada akhir-akhir ini terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan fakta dan menimbulkan kekeliruan tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu. Pertengahan Mei yang lalu sebuah buku yang memperkatakan tentang peristiwa 13 Mei juga telah diterbitkan. Namun pendekatan yang digunakan jelas menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam sioekonomi kaum di negara ini, sebaliknya penulis buku tersebut mengemukakan tesis baharu iaitu kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak yang cuba untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama kepada tercetusnya peristiwa itu.

Walaupun sukar untuk mencari motif sebenar penulis buku itu membangkitkan sejarah berdarah 13 Mei, namun trend semasa menunjukkan wujud usaha untuk memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin negara, khususnya Tun Abdul Razak, Datuk Harun, Tun Mohammad Ghazali Shafie dan lain-lain, termasuk juga anggota-anggota keselamatan. Pandangan serong tersebut jelas sekali bersifat prejudis dan olahan perbincangannya, kiranya dibiar tidak dijawab, ditakuti akan dianggap sebagai satu dokumen yang sah untuk melegitimasikan dakwaan bahawa peristiwa 13 Mei itu adalah dirancang oleh 'kapitalis Melayu'.

Buku ini adalah hasil renungan Tunku tentang peristiwa 13 Mei. Beliau terpanggil untuk menulis buku ini bagi menjelaskan 'hal-hal sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, sekalipun ia amat dahsyat'. Dalam penelitiannya, Tunku merumuskan bahawa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 itu adalah angkara golongan pelampau dan golongan komunis. Kedua-dua golongan ini, tegas Tunku, sejak sebelum merdeka lagi berusaha untuk mencetuskan kekacauan di negara. Golongan ini telah terlibat dalam mencetuskan ketegangan dalam peristiwa hartal (1967), hukuman gantung (1968) dan pemulauan pilihan raya (1969), perarakan mayat pada 9 Mei dan perarakan kemenangan oleh parti-parti pembangkang pada 12 Mei 1969. Akibat provokasi golongan ini ketegangan kaum terjadi dan rusuhan kaum berlaku.

Dakwaan kononnya rusuhan kaum dirancang oleh 'kapitalis Melayu' adalah tidak benar sama sekali. Dalam penulisannya Tunku tidak pernah menganggap peristiwa itu sebagai satu rampasan kuasa. Memang benar Tunku mengakui bahawa akibat peristiwa berdarah itu ada segelintir ahli j UMNO yang beliau labelkan sebagai 'pelampau' ataupun 'bijak pandai' yang tidak menyenangi beliau kekal sebagai Perdana Menteri. Tetapij perasaan tidak puas hati bukan menjadi penyebab kepada berlakunyal rusuhan. Hal ini telah diperjelaskan oleh Tunku dalam Bab 15 bertajuk 'Sepucuk Surat' dan Bab 16 bertajuk 'Perebutan Kuasa dalam UMNO'.

Buku ini ditulis oleh Tunku berasaskan pengalamannya yang lama sebelum dan semasa menjadi Perdana Menteri serta bersandarkan sumber sahih yang telah diberikan oleh Polis Diraja Malaysia. Keadaan ini ber-beza dengan buku yang diterbitkan sebelum ini yang menyandarkan penulisannya semata-mata kepada sumber diplomat dan wartawan asing yang kesahihan sumbernya adalah diragui.

Latar belakangIsu perkauman dalam pilihan raya 1969Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Pembangkang meraikan kemenanganPeristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato'' Harun Idris.Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (''menyingkir'') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Perarakan kematian CinaDi Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei, selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.Rumah Menteri Besar SelangorUMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato'' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato'' Harun Idris untuk mengamuk.Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan konggelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.Rejimen RenjerPasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.Askar MelayuAkhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.Panggung OdeonPemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.Angka korbanAngka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei
Pengenalan.
Suatu ketika dahulu bumi kita amat sesuai dengan kehidupan yang saling bergantungan antara satu sama lain. Dari kutub selatan sehingga kutub utara ini dan termasuk sekitar garisan khatulistiwa dipenuhi dengan kehijauan flora dan faunanya yang unik dan agaknya pada fikiran kita ia akan kekal selama-lamanya, tapi ia bukanlah selama-lamanya.Dari pemanasan global yang sering di jadikan 'tagline' dalam setiap perbincangan masyarakat antarabangsa dan juga tidak ketinggalan juga masyarakat kita merperkatakan tentang masalah pemanasan global ini.Dari pelepasan gas CFC yang tanpa had ini adalah permulaan yang membinasakan dan seterusnya bukit digondolkan,hutan dimamah dengan rakusnya,kawasan laut ditambak dengan sesuka hati dan seterusnya cairnya bongkah ais yang besar di kutub selatan, dan ini adalah sebahagian dari kemusnahan yang telah dilakukan oleh spesis manusia.
Masalah pengurusan bahan sisa pepejal yang seharusnya diselaraskan kepada satu pengurusan yang cekap dan menjamin ia tidak akan memudaratkan kehidupan kita.Pengawasan oleh pihak berkuasa sekadar melepas batuk di tangga , dengan pelbagai pencemaran yang amat teruk dengan masalah pembuangan sisa toksik, pencemaran sungai-sungai dan banyak lagi yang berkaitan dengan pencemaran.Pembongkaran yang di sampaikan oleh media massa hasil runggutan orang ramai telah membuatkan pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab dalam melaksanakan penguatkuasaan.Tetapi adakah ia masih mencukupi?.Tugas pengawasan alam sekitar juga bukan di bawah Jabatan Alam Sekitar tetapi patut menerima bantuan dari agensi-agensi kerajaan lain kerana ia telah menjadi masalah yang akan menyebabkan kemusnahan sejagat.
Sebenarnya kita sebagai pengguna dan rakyat yang menggunakan sumber-sumber haruslah bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan dan bersedia dengan hasil yang bakal kita perolehi.
\

Pencemaran Alam Sekitar.
Alam kita ini tidak semesra dahulu lagi, banyak sekali kisah-kisah yang kita dengar dan baca mengenai kemusnahan yang telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.Udara yang kita sedut telah dicemari dengan pelbagai gas yang menyesakkan nafas, air yang kita minum telah berubah warna dan banyak lagi kisah-kisah kemusnahan yang telah disaksikan dan bakal kita alami.Maksud yang paling tepat bagi pencemaran alam sekitar ialah kita tidak menjaga keharmonian alam ini dengan baik yang dahulunya segar dengan keindahan flora dan fauna.Pelepasan gas-gas seperti CFCdan gas karbon , pembuangan sisa pepejal dan toksid yang tidak beretika, penebangan pokok-pokok hutan , peluasan empayar tanah ke atas lut dengan menimbusnya dan bermacam-macam lagi kisah yang telah manusia lakukan.

Keindahan alam yang menghijau
Masalah pemanasan global telah menyebabkan kita tersa bahang kepanasan dengan perubahan cuaca yang tidak menentu, ribut,hujan dan kemarau yang telah melanda kita adalah implikasi yng terpaksa kita hadapi.Secara sedar ataupun tidak semenjak manusia mengalami revolusi industri hampir satu abad yang lalu dengan jumlah pertambahan penduduk yang makin tinggi telah menyebabkan kita dengan rakus memusnahkan tanpa memelihara apa yang patut kita jagai.Setiap sesuatu yang dicipta oleh tuhan ini pastinya mempunyai tujuan dan hikmahnya.Sebagai contoh pokok-pokok di hutan berfungsi sebagai penebat banjir secara semulajadi dan menghalang kejadian tanah runtuh.Kuala Lumpur pernah mengalami beberapa kali banjir kilat yang dasyat, puncanya ialah kegagalan sungai-sungai mengalirkan air kerana dasarnya semakin hari semakin cetek dan sempit.Peluasan kawasan pertanian tanpa memikirkan makhluk yang lain telah menyebabkan wujudnya konfrantasi antara manusia dengan haiwan .Serangan gajah-gajah liar ke atas kawasan pertanian misalnya banyak berlaku di Terengganu, Kelantan dan Pahang.Tidak terkecuali juga serangan binatang buas seperti harimau ke atas manusia.Hal ini terjadi kerana kita secara sedar ataupun tidak telah menyekat kebebasan dan sumber makanan yang semakin terhad.
Sebagai sebuah negara yang menuju ke sebuah negara yang maju, masyarakat kita semakin bertambah, ini membuatkan kita kita lupa pentingnya tentang pengurusan sampah-sampah ini.Kalau ditinjau ke sungai-sungai yang berada di Malaysia ini, banyak sekali yang boleh diistiharkan sebagai kotor dan beracun.Alam Flora ialah agensi yang terbabit dengan penggumpulan dan memunggut sampah-sampah yang terdapat seluruh negara telah menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin tetapi kita masih memandang remeh tugas kita sebagai masyarakat yang amat prihatin dengan kebersihan ini . Faktor sikap menjadi sebab utama kerana 'kebersihan bermula dari rumah' tidak diamalkan oleh sebahagian penduduk kita.Tin-tin minuman,plastic bungkusan,perabot-perabot lama dan bernacam-macam lagi bahan buangan yang tidak dapat dinyatakan di sini.

Keperluan Penilaian Terhadap Alam Sekitar.
Pembangunan demi mengejar kemajuan perlulah mengambil kira perubahan yang bakal dialami oleh alam sekitar.Kita perlu membayar setiap apa yang kita telah lakukan ini dan bagi mengelakkan keadaan ini berlaku maka penilaian terhadap alam sekitar perlulah dijalankan bagi menjamin kesan-kesan yang bakal diterima tidak menjejaskan kualiti alam dan hidup kita.
Penambakan laut yang dijalankan oleh Singapura bagi meluaskan kawasan dan sempadan sejak beberapa tahun lalu telah menyebabkan kesan terhadap ekosistem hidupan marin itu sendiri .Dugong yang dahulunya begitu banyak didapati diperairan Selat Teberau, kini hanya tinggal nama.Itu kesan terhadap kehidupan marin, ia juga menjejaskan kehidupan nelayan-nelayan dengan hasil tangkapan yang semakin hari semakin kurang.Penyebabnya ialah musnahnya tempat hidupan laut itu, ikan-ikan selama ini bergantung kepada plankton dan batu karang sebagai 'rumah' telah musnah sama sekali.Jika penilaian kesan terhadap alam sekitar dijalankan terlebih dahulu maka kesan-kesan ini tidak akan timbul.
Kita juga digemparkan dengan kegondolan kawasan rezab Bukit Cherakah oleh pihak pemaju perumahan.Kawasan itu merupakan kawasan tadahan hujan semula jadi dan kawasan perlindungan habitat semula jadi bagi haiwan liar.Amat menduka citakan kehijauan telah diganti dengan tanah yang gersang kemudian kawasan perumahan yang indah kononnya.Jika Environmental Impact Assessment (EIA) di jalankan maka perkara sebegini tidak akan menjadi. Kepentingan kajian alam sekitar dapat diringkaskan kepada beberapa perkara, iaitu:
A Supaya manusia menghargai alam sekitar.
Kajian yang dijalankan ke atas alam sekitar ini dapat mendorong manusia meletakkan harga yang munasabah terhadap alam sekitar. Sikap menghargai alam sekitar dapat dicetuskan bilamana manusia melihat alam sekitar dari sudut perpektif yang bersepadu.Manusia akan menyedari nilai hakiki bahawa lam sekitar tidar dapat di nilai dengan wang ringgit.
B Supaya wujud pemuliharaan alam sekitar.
Kajian alam sekitar dapat menimbulkan kesedaran kepada manusia supaya memulihara alam sekitar.Pengabaian terhadap perkara tersebut boleh menyebabkan sesuatu yang buruk bakal menimpa.Lambat laun kehidupan manusia akan terjejas dan seterusnya menuju kepada kehancuran.Dengan kata lain kajian dan penilaian terhadap alam sekitar merupakan satu proses penyelesaian kepada kemelut alam sekitar zaman moden ini.
C Menjamin keperluan generasi muda.
Penilaian yang dibuat terhadap kesan alam sekitar berperanan membuka mata generasi hari ini ke arah melihat nasib gerasi yang akan datang.Bencana yang bakal menimpa kita jika kita tidak bertindak dan ini sepatutnya wujud dalam diri generasi hari ini. Bumi dan alam ini bukan hak mutlak kita dan kita hanya mewarisi legasi dahulu dan bakal meperturunkan kepada generasi yang akan datang.
D Melihat kesan-kesan yang timbul semasa dan selepas sesuatu projek pembangunan dijalankan.
Kita tidak akan dapat mengjangkakan sesuatu yang bakal timbul jika kita hanya mengejar keuntungan dari sebuah pembangunan.Tetapi kita mungkin menyesal jika kita mengetahui sesuatu kesan yang timbul bukan sahaja kepada kehidupan manusia tetapi juga haiwan dan tumbuhan.

Pembangunan menjamin taraf kehidupan, adakah ia bernilai?

Kesan Bahan Buangan ke atas Pencemaran Alam Sekitar.

Sejak mencapai kemerdekaan semenjak 50 tahun dahulu, populasi penduduk di negara kita telah mendadak sehinggalah membentuk sejumlah 26 juta orang(bancian tahun 2000) dan jumlah ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan penduduk ini akan menyumbang kepad peningkatan ke atas sisa buangan yang semakin meningkat dan jika tidak diurus dengan baik maka ia pastinya akan mengundang bermacam-macam kesan yang negetif terhadap kualiti kehidupan kita.Terdapat beberapa bahan buangan yang membawa kepada pencemaran yang teruk:
 Sampah dan bahan pepejal
 Sisa buangan dari kilang-kilang
 Sisa dari kenderaan
 Bahan kimia dan racun berbahaya untuk pertanian.
 Penggunaan CFC( chlorofluorocarbons).
 Sisa kumbahan.

Kita tidak boleh memandang remeh sisa-sisa yang kita buang tersebut.Pencemaran yang mungkin timbul ialah pencemaran ke atas air iaitu sungai dan laut dan pencemaran ke atas udara yang kita sedut ini.
Sampah- sarap dan sisa pepejal lain yang dihasilkan oleh kita dibuang dengan sewenang-wenangnya.Sungai dan di merata-rata tempat yang mana dianggap mudah bagi kita.pelbagai bahan buanganyang kita buang ini akan menimbulkan kesan yang bakal kita terima. Sampah sarap ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti industri, pertanian dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak berguna (Tchobanoglous 1993). Selain itu, Barret (1998) mengatakan sampah adalah buangan berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan suatu pengurusan kerana pengurusan adalah alat penting untuk memastikan sistim dapat bekerja dengan baik.

Dodds (1997) mengatakan sampah berasal dari aktiviti manusia. Pertumbuhan ekonomi memberikan kesan lebih banyaknya penggunaan sumber asli. Terdapat hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan pencemaran alam sekitar. Kesan terhadap alam sekitar akibat aktiviti manusia bergantung pada kuantiti dan kualiti dari bahan-bahan yang diambil dari alam sekitar dan dikembalikan sebagai sampah.

Sungai yang telah menjadi tempat pembuangan sampah

Bukan setakat sampah-sarap yang dibuang ke dalam sungai malahan hasil dan sisa kumbahan, buangan kotoran dari kilang-kilang dan penggunaan racun-racun untuk pertanian.Apabila sungai yang selama ini menjadi sumber bahan minuman kita sehari-harian telah tercemar, maka dimana lagi kita medapatkan air?.Kejadian banjir kilat juga salah satunya berpunca dari aliran sungai yang terjejas dengan kehadiran beribu-ribu tan sampah –sarap.Sisa buangan yang dihasilkan oleh kita iaitu kumbahan jika tidak diurus dengan betul maka ia akan menjadi racun yang membunuh kita semua. Pelepasan gas-gas CFC dan asap-asap dari kenderaan bermotor telah menyebabkan udara yang kita sedut ini semakin hari semakin kotor.Pelbagai jenis gas yang merbahaya hasi dari pengeluaran asap-asap kenderaan ini akan menyebabkan udara semakin beracun

Bentuk-Bentuk Pencemaran
i. Pencemaran Udara
a. Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain.
b. Antara punca berlakunya pencemaran udara ialah:
 asap daripada ekzos kenderaan bermotor yang mengandung karbon monoksida yang membahayakan kesihatan;
 asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang
 debu yang berpunca daripada kilang papan, kawasan pembinaan, dan sebagainya;
 pembakaran sampah sarap secara terbuka;
 asap daripada rokok.

ii. Pencemaran Air
a. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku pada Kandungan, keadaan, dan warna air sehingga tidak lagi selamat untuk hidupan air dan kegunaan manusia.
b. Pencemaran air memberikan kesan negatif kepada manusia sekiranya digunakan.

c. Antara punca berlakunya pencemaran air ialah:
 kesan daripada bahan buangan kilang-kilang seperti bahan kimia, cat, sisa-sisa logam, minyak, dan sebagainya yang dibuang ke dalam sungai;
 pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan harian ke dalam air seperti parit dan sungai;
 penerokaan hutan yang berleluasa menyebabkan berlakunya hakisan tanah, tanah runtuh, dan sebagainya.

iii. Pencemaran Tanah
a. Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang dilakukan terhadap sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan hakisan tanah.
b. Antara punca berlaku pencemaran tanah ialah:
 pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal daripada kilang dan sebagainya;
 pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat;
 penggunaan racun serangga secara berlebih.

iv. Pencemaran Bunyi
a. Pencemaran bunyi bermaksud bunyi yang berlebih sehingga mengganggu keselesaan hidup.
b. Bunyi bising yang negatif biasanya melebihi 80 desibel (dB).
c. Antara punca berlakunya pencemaran bunyi ialah:
 bunyi kenderaan berenjin seperti kapal terbang, kereta api, dan lori;
 bunyi mesin dan jentera daripada kilang;
 bunyi daripada kuari pemecah batu dan enjin gerudi;
 bunyi daripada kerja-kerja pembinaan.

.Diantara punca-punca yang menjadi penyebab berlakunya pencemaran ialah;
 Sampah sarap yang tidak diuruskan dengan baik dan dibuang dengan sewenang-wenangnya.Sungai yang menjadi salah satu tempat pembuangan sampah sarap ini akan dipenuhi dengan sampah-sarap dan mengganggu aliran sungai dan apabila tibanya kemuncak sungai ini tidak menampung air hujan yang yang banyak maka terjadilah banjir kilat.
 Sisa kumbahan yang dialirkan ke dalam sungai secara langsung akan membuatkan sungai menhasilkan bau yang busuk.Airnya juga tidak dapat lagi menjadi tempat perlindungan hidupan akuatik.Ikan-ikan ini secara perlahan-lahan akan mati 'kehausan'.
 Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan yang diperolehi oleh segelintir masyarakat telah mengundang kepada etika yang tidak baik kepada alam sekitar.Kilang-kilang ini mengambil jalan mudah dengan melepaskan sisa toksid mereka ke dalam sungai tanpa dirawat terlebih dahulu.Sisa toksid ini amat membahaya bukan sahaja kepada hidupan sungai m alahan kepad manusia.
 Penggunaan racun perosak secara tidak terkawal akan memberi kesan kepada ekosistem alam sekitar.Seorang petani akan menggunakan racun rumpai akan menyebabkan hidupan lain mati.
 Pelepasan gasa-gas chlorofluorocarbons (CFC) dan asap-asap dari kenderaan akan menyebabkan kesan pemanasan yang semakin dirasai sekarang ini.Pengeluaran gas-gas ini jika tiak dikawal maka ia akan menyebabkan kesan pemanasan global yang makin teruk.

Laporan Mengenai tahap Kualiti kebersihan Kawasan Kediaman.

Kesan yang diperolehi dari pembuangan sisa yang tidak terkawal
Suasana dan alam yang sentiasa bersih dengan sikap masyarakat yang saling mengerti tanggungjawab mereka kepada alam sekitar akan menyebabkan dunia ini selamat diduduki.Tetapi ini hanyalah anggapan yang meleset bagi segelintir manusia yang tidak mengendahkan kebersihan alam sekitar. Sesuatu yang besar itu bermula dari yang kecil , jadi sikap tidak mengendahkan alam sekitar ini bermula dari rumah,sekolah dan seterusnya kepada kawasan perumahan.Jika kawasan kejiranan kita dipenuhi dengan manusia yang tidak bertimbang rasa terhadap kebersihan maka sampah-sarap akan bertaburan dan mana-mana kawasan pun akan menjadi tempat pembuangan sampah.

Tempat yang biasa menjadi tapak pembuangan sampah

Kawasan perumahan perumahan yang di laporkan ini merupakan kawasan yang amat padat dengan penduduk dan paling hampir dengan Bandaraya Kuala Lumpur.Dengan deretan rumah teres sehinggalah ke rumah-rumah jenis kondominium . Dengan kepadatan penduduk yang amat tinggi dan ini bermakna jumlah tapak pembuangan sampah makin terhad dan ini menjadi alasan bagi membuang sampah di merata-rata tempat.Parit dan longkang tersumbat adalah permandangan biasa yang dapat dilihat dikawasan perumahan ini.Masalah ini diburukkan lagi dengan meningkatnya jumlah kawasan-kawasan tadahan hujan yang di tukarkan menjadi kawasan perumahan yang mewah dan mempunyai permadangan yang menarik sekitar Kuala Lumpur.Ampang Ulu Klang mula dibangunkan pada tahun 1971 sebagai Bandar satelit, kepada Kuala Lumpur. Dari jumlah keluasan seluas 198 hektar, 40% daripadanya diperuntukkan bagi tujuan perumahan, 25% bagi tujuan infrastruktur, 20% untuk industri, perniagaan 5% manakala 10% bagi tujuan institusi. Ampang Ulu Klang hampir di majukan sepenuhnya dengan mencapai matlamat jumlah penduduk seramai 30,000 orang. Sehingga tahun 2005, sebanyak 12,086 unit kediaman telah siap dibina oleh PKNS.
Ampang Ulu Klang telah dirancang untuk menampung keperluan perindustrian negara melalui pembukaan kawasan zon perdagangan bebas. Kawasan Industri Ampang Ulu Klang kini merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi negara sebagai pusat industri Ampang Ulu Klang kini merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi negara sebagai pusat industri pengeksportan komponen elektrik dan elektronik. Sehingga kini jumlah penduduk di kawasan ini makin bertambah dan sisa-sisa yang dikeluarkan oleh penduduk akan bertambah.Kelemahan yang paling ketara ialah penguatkuasaan terhadap masalah pembuangan sampah ini.Masalah ini turut disumbang oleh sikap masyarakat yang sering mengambil mudah tentang masalah pembuangan sampah ini.Tempat-tempat yang biasanya menjadi tempat pembuangan sampah ialah di sekitar perdu pokok, lorong-lorong tersembunyi dan juga dalam sungai.

Kawasan yang biasa dijadikan tempat pembuangan sampah

Jika ada tempat pembuangan sampah yang disediakan,pihak berkuasa tempatan mengambil mudah tentang masalah ini .Sebenarnya masalah pembuangan sampah ini akan dapat diselesaikan jika pihak yang berkenaan melakukan tugas dengan baik.Ade sesetengah tempat di kawasan Ulu Klang ini, sampah akan dipungut selang seminggu.Sampah domestic dihasilkan setiap hari oleh penduduk di kawasan ini.

Perkhidmatan mereka masih belum mencukupi

Masalah yang mungkin akan timbul ialah:
 Kawasan tempat pembungan sampah akan di cemari dengan bauan yang sanngat busuk.
 Sampah-sampah yang di buang ke dalam sungai akan mrenyebabkan terjadinya banjir kilat.
 Masalah ini juga menyumbang kepada peningkatan jumlah penyakit bawaan vector seperti anjing, nyamuk , tikus dan burung gagak.
 Kemungkinan sumber air bawah tanah akan diracuni kerana bahan kimia itu akan terlarut dan meresapi tanah.

Biasanya setiap musibah yang berlaku adalah dari kesan yang telah kita lakukan sebagai contoh, kejadian banjir kilat yang sering berlaku terutamanya bila mana hujan turun dengan lebat.Rentetan dari masalah ini ialah kecuaian kita tanpa menyedari kita telah memusnahkan alam ini dengan secara perlahan-lahan.Bukit, sungai dan alam ini adalah kurniaan tuhan yang tidak terhingga.Jika kita gagal dalam menajalankan dan menjaga ala mini dengan sebaik mungkin maka natijah buruk mungkin akan berlaku.
Kawasan persekitaran jika tidak dijaga dengan bersih maka dengan kebarangkalian menularnya penyakit adalah tinggi. Sampah merupakan elemen yang amat penting dan kita bertindak dalam menghasilkannya setiap hari. Kita merupakan penggeluar tetap terhadap sampah, seharusnya mempunyai pernacangan terhadap permasalahan tempah pembuangan sampah ini.Kawasan yang menjadi tempat pembuangan sampah ini akan menghasilkan bau-bau yang sangat busuk serta akan menghasilkan gas-gas bertoksid.Tempat pembuangan sampah juga akan menjadi tempat haiwean liar untuk mencari makan.Haiwan seperti anjing liar dan burung gagak akan menyelongkar sampah-sampah sekaligus menyebabkan sampah-sampah berselerak dan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.Bekas-bekas kosong tersebut mengundang permasalahan pembiakan nyamuk Aedes.Nyamuk Aedes akan menyebabkan menularnya jangkitan demam Denggi Berdarah yang boleh membawa maut

CARA-CARA MENGATASI
MASALAH SAMPAH SARAP

Penggunaan Kembali dan
Kitar Semula
Bagi kebanyakan masyarakat moden pada hari ini, pengurusan sisa pepejal sudah berada di tahap termaju dengan beberapa kaedah seperti kitar semula dan penghasilan bahan berguna (biofertilizer). Pengitaran semula sampah sarap itu sendiri boleh didefinisikan sebagai penebusgunaan (reclamation) bahan dan pemakaian semula yang meliputi perbaikan, pembuatan semula, penukaran bahan, komponen dan hasil (Kaseva & Gupta 1996). Sementara itu menurut Waite (1995), kitar semula ialah sebagai penjanaan semula bahan untuk kegunaan semula jadi atau lain-lain.
Kitar semula ini mempunyai beberapa kepentingan yang berasaskan kepada tiga alasan iaitu:
1. Pengitaran semula bahan buangan memulihkan bahan-bahan berguna dan mengurangi keperluan kita untuk bahan-bahan tulen.
2. Pemprosesan semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga dibandingkan dengan pengeluaran bahan tulen yang sama.
3. Pengitaran semula mengurangi kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan akhir yang mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di landfill boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan organik dalam landfill.
Malaysia mempunyai kira-kira 230 buah perkhidmatan landfill yang dianggarkan sudah mencapai tahap 80% penggunaan dan situasi ini dianggap sebagai agak kritikal dan sebahagian besar sudah tidak mampu menerima sejumlah sisa, oleh sebab itu melalui Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan cuba mengatasi masalah yang membelenggu pihak pengurusan dengan mengadakan program kitar semula (Mohamad 2001). Program ini telah di perkenalkan pada tahun 1993 dan tanpa sebab yang jelas, program ini dilaksanakan semula pada bulan Disember 2000. Berdasarkan komposisi sampah sarap yang terhasil di bandaraya
Kuala Lumpur, bahan-bahan boleh kitar semula dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:
1. Boleh kitar semula dalam keadaan kering seperti kertas, papan kad, kaca, plastik, logam dan tekstil.
2. Bahan organik seperti bahan buangan dapur, makanan dan sampah sarap tanaman.
3. Bahan-bahan pelbagai seperti perabut.
Program kitar semula ini mempunyai beberapa kebaikan. Kebaikan dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan ternak. Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya.
Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari segi ekonomi dan alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil kitar semula memerlukan sedikit tenaga dalam loji pemprosesan dibandingkan dengan pembuatan daripada bahan mentah semula jadi yang menyebabkan penjimatan tenaga. Pemakaian semula hasil pengitaran semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan bagi negara-negara sedang membangun. Bahan-bahan seperti logam, kertas, kaca, plastik dan getah jika dikitar semula boleh mengurangkan pengimportan dari negara lain. Kebaikan dari segi alam sekitar pula ialah apabila amalan pengitaran semula boleh mengurangkan kuantiti bahan buangan yang harus dilupus sehingga mengurangi tempat yang diperlukan untuk tapak pelupusan, selain itu pengitaran semula boleh menyuburkan tanah.

Pengkomposan
Pengkomposan ialah suatu proses pengubahan bahan organik ke dalam bentuk hasil metabolik yang sederhana dan meninggalkan bahan sisa organik dan sel mikrob yang boleh atau dapat digunakan sebagai bahan penyubur tanah (Augenstein et al. 1976).
Sistim pengkomposan telah banyak dilakukan di banyak kawasan. Kaedah sistim kompos ini adalah penting kerana sampah organik merupakan komposisi sampah terbesar yang dihasilkan. Menurut kajian Devi et el. (1995), jenis sampah yang baik atau yang sesuai untuk dijadikan kompos ialah sampah sarap yang cepat membusuk iaitu sayuran, rumput, sisa makanan dan dedaunan. Kepentingan sistim kompos yang lain ialah dalam menjaga kesihatan masyarakat dari sebarang porses pembakaran dan penimbunan sampah secara haram. Untuk mempromosikan sistim kompos, pihak kerajaan seharusnya mempersiapkan pengetahuan umum kepada masyarakat. Juga kempen dilakukan untuk mencari metod kompos yang sesuai dengan kondisi masyarakat. Sektor swasta juga dapat dilibatkan dalam kegiatan ini, dengan membuat kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak swasta.
Incinerator
Incinerator ialah suatu alat yang digunakan untuk membakar sampah atau sisa samaada sisa yang berpunca daripada kawasan perumahan ataupun sisa atau sampah yang terjana dari aktiviti di hospital. Terdapat beberapa jenis incinerator (Departemen Kesehatan Indonesia 1995), iaitu:• Jenis
Malaysia, merupakan incinerator yang terbuat daripada batu bata dan diletakkan mendatar dan lantainya terbuat dari dari bahan kongkrit. Lubang tempat masuk sampah terbuat daripada logam dan lubang keluar pula berukuran 24” ´ 12” yang juga terbuat dari logam. Lapisan untuk menahan sampah juga terbuat dari besi yang tebalnya 1” dan antara dua besi berjarak 4” yang terdiri dari 2 lapisan.• Jenis Barrel and Trench Incinerator, iaitu incinerator berbentuk tong yang terbuat dari batu dan mempunyai ketebalan 6” hingga 12”. Dua besi diletakkan pada lapisan batu dengan ketinggian 6” dari dasar incinerator dan jarak antara 2 besi ialah 3” hingga 4”. Tempat pembakaran sampah terletak ditengah-tengah dan mempunyai penutup yang terbuat dari logam.• Jenis Rock Pit Incinerator, iaitu incinerator yang berbentuk U dan terbuat dari batu karang. Incinerator ini mempunyai panjang 4.5 kaki, lebar 2 kaki dan dalam 18 kaki. Ketebalan incinerator jenis ini ialah 8” hingga 12” dan lantainya terbuat dari batu.• Jenis Multiple self Incinerator, iaitu incinerator berbentuk segi empat dan terbuat dari batu dengan panjang 4 kaki, lebar 3 – 5 kaki dan tinggi 8 m - 12 kaki. Incinerator ini mempunyai lapisan-lapisan dengan ukuran 18 – 24 kak

CARA-CARA MENGATASI BANJIR
Pelbagai cara dijalankan, antaranya:
Menyediakan Sistem Perparitan
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.
Projek Pendalaman Sungai
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.
Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

.

Wanita Mulia

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
............ ......... ......... ......... .......... .
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.

Sabtu, 17 Januari 2009

Hamas.............

salam ..........
Buat arwah Syeikh Ahmed Yassin yang telah meninggal dunia.sesungguhnya semangatmu terus bersama-sama orang palestin yang beriman dan cintakan syahid. Dan maka beruntunglah orang-orang yang berpeluang gugur di medan mempertahan kesucian agama islam dan tanah airnya.

kemelut ekonomi?

salam.............
macam mana agaknya la ye, dari kaya tiba-tiba je jatuh muflis, kesian betul saya kat orang-orang yang melabur kat Noradz, Farmfresh, Buluhmas dan macam-macam lagi dengan janji pulangan sebanyak 10%..... banyak tuuuu