Cari Blog Ini

Khamis, 14 April 2011

Polis telah mengenal pasti pelakon porno?

Polis telah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONEKatanya, polis membuat kesimpulan itu berdasarkan fakta penyiasatan yang dijalankan pasukan itu.

"Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terlibat.

Ketika ditanya, beliau juga enggan mendedahkan sekiranya polis telah mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar negara.

"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, (atau) superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke, yang penting ialah kesahihan.

NONEDitanya lanjut, beliau turut mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih di peringkat dalam negara.

Dalam pada itu, beliau turut diminta menjelaskan sekiranya polis berkuasa untuk bertindak sekiranya rakaman video berkenaan dijalankan di luar negara.

Beliau ditanya demikian memandangkan satu video pendek yang dikatakan sebagai sebahagian daripada video seks berkenaan mempunyai tulisan dalam bahasa Thai.

Video pendek berkenaan disebarkan di Internet oleh seseorang yang tidak dikenali sejak awal bulan ini.

Ismail berkata, perkara itu "terserah kepada kebijaksanaan polis" dalam menjalankan tugas mereka.

"Ini melibatkan keterangan. Bila melibatkan keterangan kita ada Akta Keterangan yang kita harus patuhi, kita kena menepati semua prosedur (siasatan)," katanya.

Beliau turut meminta supaya pihak media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Siasatan ke atas kes berkenaan dijangka selesai menjelang minggu depan, katanya lagi.

lama tak kemaskini blog

salam,
Lama betul tidak mengemaskini blog ini..... mungkin selepas ini aku akan cuba untuk selalu turun dalam mengemaskini blog ini.....

lama tak kemaskini blog

Ahad, 2 Januari 2011

Menjadi agen @ Broker....

Salam...
Baru2 ada kwn saya telah hantar msg yg ada org(kompany) yang berminat untuk mencari minyak kelapa sawit.... jumlah dalam 1000 MT kontrak selama setahun. Wow... bygkan kalau satu tan dapan komisen dalam RM1, sebulan seribu pastu kali 12 bulan..... terrrrrrrrrr
Tapi yang pasti berurus niaga dgn broker cukup bahaya kerana pada kebiasaannya yg dapat kat kita entah broker yg ke berapa ntah laaa.... sebab broker yg pertama akan mencari broker dan broker dan broker lagi....hasilnya kempunan

Menjadi Agen @ Broker....

Mejadai Agen @ broker...

selamat kembali bekerja

salam perpaduan,
mengjenguh hari isnin 3 jan 2011 terasa beratnya nak mula kerja kembali setelah hampir 2 bulan bercuti. Kalau ada yang bertanya tentang "apa azam tahun baru anda?".... jawabnya senang nak tunaikan azam tahun lepas yang masih belum2 siap lagi.
1. Tingkatkan pendapatan
2.kurangkan peningkatan perutboroi....
3.Jaga solat.....
4.Ntah laaa byk sgt la...