Cari Blog Ini

Sabtu, 17 Januari 2009

Hamas.............


salam ..........
Buat arwah Syeikh Ahmed Yassin yang telah meninggal dunia.sesungguhnya semangatmu terus bersama-sama orang palestin yang beriman dan cintakan syahid. Dan maka beruntunglah orang-orang yang berpeluang gugur di medan mempertahan kesucian agama islam dan tanah airnya.

kemelut ekonomi?

salam.............
macam mana agaknya la ye, dari kaya tiba-tiba je jatuh muflis, kesian betul saya kat orang-orang yang melabur kat Noradz, Farmfresh, Buluhmas dan macam-macam lagi dengan janji pulangan sebanyak 10%..... banyak tuuuu

Dapatkah kita?

Enjin Jet.

Enjin jet telah mula dicipta sebelum masihi lagi iaitu pada zaman Empayar Greek lagi.Pada masa itu, Aerolipies telah dihasilkan dengan menggunakan kuasa wap melalui dua nozel yang menyebabkan kipas berpusing secara berterusan.Walaubagaimanapun ia menghasilkan sedikit kuasa makanikal dan potensi enjin tersebut tidak diketahui.Seterusnya pada kurun ke-11, Empayar China telah mencipta roket untuk menghasilkan bunga api.Akhirnya melahirkan senjata berdasarkan roket tersebut.Lagari Hassan Celebi(1633) pada zaman Kerajaan Otmaniah telah berjaya menghasilkan roket yang berbentuk kon berserta sayap yang membantu roket itu terbang dan mendarat dengan baik.Tetapi penghasilan roket ini tidak lebih sekadar pertunjukan dan potensinya tidak dikembangkan.

Enjin jet moden yang pertama telah dicipta oleh Frank Whittle pada tahun 1937.Frank Whittle merupakan seorang jurutera British .Beliau telah mereka bentuk dan mencipta enjin jet.Namum beliau tidak dapat menerbangkan jet tersebut sehinggalah pada tahun 1939, sekumpulan jurutera dari Jerman telah berjaya menerbangkan jet yang pertama di dunia .

Frank Whittle.

Pada tahun 1941 hingga 1943, dua buah kapal terbang yang menggunakan enjin jet telah dihasilkan secara prototaip iaitu Gloster Meteor dan De Havilland Vempire.Walaubagaimanapun hanya Gloster Meteor sahaja yang dapat beroperasi semasa perang.Amerika Syarikat telah mempelajari hasil kajian Frank Whittle ini dan General Electric telah berjaya mereka cipta enjin jet yang baru untuk digunakan dalam perang Dunia ke-2.





Gloster Meteor yang di hasilkan oleh British

Semasa Perang Dunia Ke-2, semua negara berlumba-lumba menghasilkan kapal terbang yang menggunakan enjin jet sebagai kuasa penggerak bagi kpal terbang tersebut.Namum pada tahun 1944, sekumpulan jurutera bdari Jerman telah mencipta sebuah kapal terbang yang menggunkan enjin jet berkuasakan roket. Messerschmitt Me 262 Schwalbe, begitulah nama yang diberikan oleh Jerman kepada jets tersebut. Kapal terbang ini mempunyai pelbagai fungsi penjejak, pesawat pengebom, pesawat perang dan pengintip.Kelebihan pesawat ini ialah ia mempunyai sayap berbentuk V.Ini memberi kelebihan kepada pesawat ini untuk memecut dengan lebih laju.Selain itu bentuk pesawat ini lebih aerodinamik dan mendahului pesawat-pesawat tempur dari negara-negara lain pada masa itu.





Messerschmitt Me 262 Schwalbe

Bermula dari kelahiran kapal terbang berkuasakan roket ini maka lahirlah jet-jet pejuang yang canggih seperti P-80 Shooting Star yang di hasilkan oleh Amerika Syarikat .Pada November 1980, jet ini telah digunakan semasa Perang Korea.Pertempuran antara pesawat jet ini adalah pertempuran udara yang pertama dalam sejarah pertempuran udara moden.










P-80 Shooting Star Mikoyan-Gurevich MiG-15

Semasa Perang Korea ini 2 buah pesawat MiG-15 telah bertempur dengan P-80 Shooting Star dan MiG-15 telah berjaya menembak jatuh P-80 berhampiran Sungai Yalu di Korea Utara.

Pemodenan Jet.

Selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang dari mula-mula enjin turbo dicipta sehinggalah kepada enjin yang berkuasakan roket maka lahirkan super jet yang berkelajuan setanding kelajuan bunyi ataupu supersonic.Kelajuan bunyi ialah kelajuan yang dihasilkan adalah bersamaan dengan kelajuan bunyi yang dihasilkan.Jika suhu persekitaran kering maka kelajuan akan bertambah.Kelajuan bunyi yang dapat dihasilkan ialah bersamaan 344 m/s (1230 km/h, atau 770 mph, atau 1130 ft/s .